Ke mana
kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini? Sebahagian orang ada
yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di
atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.
Manusia
umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak
dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau
sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap. Mengapa ?
Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak
tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita
atau tidak. Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan
was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak
mahu memasuki ruangan yang gelap.
Demikian
juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.
Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak
tahu apa yang akan terjadi setelah mati. Orang seperti ini ibarat
disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan
sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. Dia akan berusaha
memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.
Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja
tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.
Ada pula
orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya
adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa
tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang tidak
mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk
menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal
sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa
apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang
musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan
bunuh diri.
Allah
berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka
bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)
Kewajipan
kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak
mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada
semua perintah Tuannya. Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba
mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap
sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya
tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang
dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.
Kewajipan
ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.
Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus
memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat
tertentu. Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang
bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk
mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari. Dalam solat tersebut
kita juga diminta membaca sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita
mengingati perintah-perintah Allah
Penutup
Kita
sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan
untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh
manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.
“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar